koleksi orkid Faiz

Apr 25, 2008

Happy birthday Sweet Ayah


hari ni ayah menyambut birthday yg ke-59. baru 59 thn... masih muda. he...he... dah 3 thn ayah pencen. ayah pencen cikgu.
dari kelantan sampai ke sabah ayah merantau mencari rezeki. sambil2 mencari rezeki rupanya jodoh ayah kat Sabah.

- 1972 ayah mulakan profession sebagai seorang guru di SK Bingkor. bape thn aku x ingat. tp rasanya x lama dlm 1 thn (opsss.... pembetulan. ayah kata 2 bulan jer, lepas tu transfer SMK Gunsanad). lepastu ayah transfer ke SMK Gunsanad dlm thn 1972. masa nilah berkenalan ngan mak.
- kmdn Jan 1975 ayah bertemu jodoh ngan mak. 09 September 1975 lahirlah zuriat pertama yang diberi nama Mohd Faizal Mohd Fauzi(org kata hensem, betul ke tak tanya bini dia), 27 Ogos 1976 lahir pula bayi comel diberi nama Noor Faizah Mohd Fauzi (cahaya Kebahagian)- akulah tu. aku kata comel sbb dlm adik beradik aku sorang jer yg warna mata ikut warna mata ayah coklat jernih. yg lain tu biasa jer. kemudian 10.06.1970 alhamdulillah dikurniakan lagi seorang puteri cute yang diberi nama Fazrina Noor Mohd Fauzi.(pembetulan. ini my adik jadi mesti lahir selepas aku. tarikh lahir sebenar 10.06.1979. sorryyyy ahhh... angah) Ingatkan kita org bertiga jer tp Allah itu Maha Pemurah, dikurniakan lagi seorang putri bermata galak yang diberi nama Noor Farhana Mohd Fauzi.
- dari tahun 1972 - 1997 (kalau x silap) ayah mengajar di SMK Gunsanad. kiranya memang lamalah. walaupun aku adik beradik belajar di sekolah ayah mengajar tp ayah x pernah ajar kita org. he...he...
- thn 1997 (kalau x silap) sampai 2005 ayah bertugas di SK Bulu Silou pula. dan selepas pencen ayah lebih banyak berehat dirumah sambil mengisi masa lapang dengan berkebun dan menjaga cucu.

Ayah berasal dari Kg Kubang Batang ,Pasir Mas, Kelantan. Anak Kedua daripada 5 orang adik beradik. Mendapat pendidikan awal di kelantan. Lepas SPM mendapat tawaran di Maktab Perguruan Kuala Kangsar (pembetulan. Maktab Perguruan Tanjung Malim. he...he...atau sekarang dah jadi UPSI). selepas habis maktab terus dihantar ke Sabah. ayah seorang pakar dalam bidang masak memasak terutama masakan kelantan. syruppp... hingga menjilat jari. suka sangatttt... kalau ayah masak nasi dagang ngan nasi kerabu. x tandingan.

itulah serba sedikit cerita ku tentang ayah. dahulu masa kecil Ayah padaku seorang yang garang. tp setelah meningkat dewasa dan berkeluarga baru aku tahu betapa beruntungnya aku mempunyai ayah yg garang masa aku kecil. kerana garangnya ayah tulah aku berjaya menjadi seorang isteri yg baik, seorang menantu yg x bermasalah dgn mak mertua, seorang ibu yg blh menyebabkan anaknya ketawa kerana kekenyangan dan menangis kerana berebutkan mainan.
ayah garang bila kita orang x menghormati tetamu yg dtg rumah, ayah garang bila kitaorg x dengar nasihat, ayah garang bila keputusan exam x baik, ayah garang bila kita org keluar rumah melewati masa yang diberikan. rupanya semuanya untuk melatih aku agar menjadi manusia yang berbahasa, berdikari dan juga kerana pentingkan keselamatan kami adik beradik.

kini aku sedar. apa yg aku katakan garang itu sebenarnya KASIH SAYANG seorang ayah untuk membesarkan dan membentuk anak-anaknya agar menjadi seorang manusia.

Happy Birthday Sweet ayah. Luv U So Much.

No comments:

orkid purple yg ayah tanam