kebanyakkan orkid2 ku kini semakin kecut. walau pun bukan semua tp hampir separuh kecut. fikir punya fikir aku agak mungkin krn sistem penyiraman aku yg salah. selama ini aku menyiram orkid2 aku hanya menggunakan pancit air, 1 btl sama dgn 1 litter. maksudnya selama ini aku pancit kesemua orkid yg berjumlah lbh dari 30 pasu tu hanya dgn 1 litter air. secara lojik manalah cukup. tp spesis orkid ni memberikan tindak balas lambat jadi setelah 3/4 bulan baru kelihatan yg mereka kekurangan air sbb daun2nya kini semakin kecut2 belaka. huaaahhh!!!
mgkn sbb itu gak they all x nak berbunga. hanya ada 2 orkid jer yg dah berbunga utk kali ke-2. yg lain x pernah berbunga lagi.sedihhhh dan frust rasanya. oleh itu aku telah memperbaiki sistem penyiraman ku selama ini. lagi pun my hubby dah panggil org utk buatkan paip air kat laman. RM680 ooooo... sbb tarik jauh sikit. Fuuuu... kalau x sebelum ni nak jirus pokok aku kena tadah dari blk air. kini x payah. lagipun hubby dah belikan juga getah jadi x lah makcik beriya angkat air. he..he... nak amik gambar paip baru x sempatlah. sbb tu skrg entri aku kurang gambar sbb x sempat nak amik gambar. gambar bunga ker, gambar pasu baru ker. semuanya x ada gambar lagi.
citer pasal orkid, orkid merah jenis Renanthera tu dah berbunga utk kali kedua semenjak berada dlm jagaan aku. sukernyer. dan lagi satu yg bakal berkembang yg warna purple jalur putih. kalau tgk pkk dia halus dan lemut jer tp bunga dia memang tahan 3 atau 4 bulan. ini terbukti krn yg kat rmh mak kulai dari mula beli sampai kini masih berkembang. memang lama. harap2 dgn aku nanti pun berkembang lama. nantilah aku amik gambar orkid ni.
sabtu minggu lepas aku , my hubby n my hero pegi jb untuk beli pasu bunga dan sedikit bunga. he.he... jauh memang jauh tp rasanya berbaloi sbb kedai lain harga pasu tu mahal. kat nursery tu pasu tu harga RM8 tp dia bagi RM7. tempat lain kalau aku x silap harga Rm14. separuh harga. aku beli 10 bj sbb nak letak kat setiap tiang dan ada balance 2 pasu utk tanam pkk lain. utk tiang tu aku letak bunga kembang pagi jer. bunga yg thn lasak dan senang membiak. insya allah kalau sempat nanti aku amik gambar.
May 19, 2008
May 6, 2008
Gonggok yg membuatkan aku 10sen
minggu lepas seperti yg dijangka kitaorg balik umah cat. tp perancangan ku utk mengemaskini pkk2 ku x semuanya tercapai. tp x pe at least ada gak aku buat. sbbnya memang aku lepak(penat) dan kedua nya tp sbb utamanya my hero2 x sihat. siannnn anak2ibu.
Seperti yg dijangka, beberapa jenis orkid ku x sihat kerana mendapat gangguan drpd gonggok2 yg naughty. drpd info yg aku dpt dari org sekeliling termasuk penjual orkid mengatakan kalau kita letak habuk kayu elok utk menjaga kelembapan pokok orkid kita. jd pkk akan mempunyai air yg cukup, memandangkan aku ni hanya menyiram pkk2 ku pd hujung minggu maka aku pun mengikut saranan orang sekelilingku. tp setelah sekian lama aku melihat orkid yg mempunyai habuk kayu klhtn x sihat berbanding yg x mempunyai habuk kayu. aku jadi musykil, maka aku pun memulakan operasi post mortem ke atas orkid2ku yg x sihat ini.
patutlah pkk ku semakin lama semakin kecut rupanya akar2 nyer x dpt menyerap air. x tau di mana silap. habuk kayu ngan arang tersebut lembab tp akar orkid aku dah nak mati dan berwarna hitam x dpt baja. mlhn ianya menjadi tempat pembiakan gonggok pula. bayangkan dlm 1 pasu tu aku blh jumpa sampai 3 ekor gonggok. itu baru 1 pasu. kalau 10 pasu dah bape ekor. bengang tul rasanya. penat letak baja dan segala, patutlah orkid tu x berbunga sdgkan kengkawan yg sebaya ngan dia dah berbunga. rupanya ada sang gonggok yg mkn baja dia.
aku telah membuang kesemua habuk2 kayu yg ada kat pkk ku. sekarang aku hanya akan menggunakan arang kalau nak tanam orkid. lagipun tanpa habuk kayu tu nampaknya akar2 orkid jadi lebih sihat. selamat tinggal habuk kayu.
Subscribe to:
Posts (Atom)